Tuesday, January 20, 2009

Hangat sunggguh.......

Selasa:20 Jan,2009-Sungguh menghangatkan jiwa apabila kejahatan mengatasi kebenaran.Anda bayangkanlah apabila perbuatan jahat selalu memperoleh kemenangan.Kadang-kadang kita rasa sangat benci dan bertanya pada diri :"Mengapa kemungkaran dan fitnah ini bermaharajalela,
sehingga yang salah dianggap benar dan yang benar dianggap salah.Hari ini saya ditunjuk satu mesej yang di perolehi dari seorang sahabat;"

Friday, January 16, 2009

Tragisnya...!!!!!!

SABTU-17 jan 2009:Seorang guru pelatih yang baru mendaftar sudah mula menunjukkan belangnya kerana tidak mahu dan tidak suka di tunjuk ajar.Mengapa itu berlaku???Mungkin ada faktor-faktor sampingan yang menjadikan beliau begitu.Peringatan kepada mana-mana orang/pelajar yang berminat menjadi guru-"Anda perlu membersihkan hati sebelum menjadi guru kerana anda adalah 'pelahir' ganerasi.Jika hati anda kotor maka anda akan melahirkan ganerasi berjiwa kotor".

Wednesday, January 14, 2009

Mengapakah ??

Hari ini 15 Jan 2009 (Khamis)Mengapakah??persoalan yang aku sendiri sedang mencari jawapannya.Perkara yang pelik tapi benar.Apakah perkara itu?Bermula pada hari Isnin ,12 Jan 2009-seorang guru berpengalaman di sebuah sekolah telah diminta membimbing seorang guru praktikal selama lebih kurang 3 bulan 2 minggu.Beliau seorang guru yang bertanggungjawab,terlatih dan telah lama berkhidmat.Maka dengan hati terbuka beliau menerima tawaran itu dengan tenang.Yang menjadi hairan dan peliknya apabila tanggungjawab itu kepadanya ramai guru-guru baru yang sombong dan berlagak semua tahu dengki kepada beliau.Tambah menyedihkan apabila beberapa orang guru telah membuat fitnah kepada guru yang bertanggungjawab itu mengatakan "Beliau seorang romeo",wah kenapa ye..!!!maka akupun cuba menyelidiki.Maka aku dapat jawapan>.."Patutlah..guru praktikal itu muda dan cantik orangnya,jadi golongan guru baru yang gatal itu buatlah gosip mengatakan guru berpengalaman itu romeo bagi tujuan menutup peluang guru berkenaan sebab mereka nak menggoda guru praktikal itu",ish..bodohnya..macam budak tadika.Itulah sebenarnya perangai guru keluar universiti masih tercari-cari identiti sendiri,kadang-kadang aku bertanya di dalam hati mereka belajar politik kotor di universiti terbawa hingga ke sekolah,agaknya".

Tuesday, January 13, 2009

Waw...

Hari ini,14 Jan 2009 seperti hari-hari biasa aku ke sekolah untuk mendidik tapi hari ini aku rasa sedikit syahdu.Akupun tak tahu kenapa...!!tapi aku paling takut jatuh cinta lagi.Semamangnya aku berhasrat untuk memiliki isteri kedua tapi hingga saat ini belum aku perolehi.Isteri aku yang ada sekarang telah lama meminta aku mencari madunya tapi malang setiap kali aku meminati seorang perempuan maka perempuan itu jugalah disukai oleh orang lain.Hari ini guru praktikal yang masih muda dan comel telah hadir di sekolah ini.Kali pertama aku memandangnya aku telah merasakan degupan dijantungku....entahlah!!!! dan bagaimana aku nak mulakanpun aku tak pasti.Aku hanya berharap semoga Allah melapangkan segala urusan.

Friday, January 2, 2009

Jiran Baru Telah Tiba.

Hari ini 1 januari 2009,sekeluarga jiran baru tiba lagi.Kehadirannya masih dalam perhatianku.Mudah-mudahan jiran baru ini jiran yang membahagiakan aku dunia dan akhirat,maklumlah tanggung jawab terhadap jiran ni sangat berat juga.Aku tak dapat bayangkan kalau jiran ku ni kaki ponteng sembahyang atau suka melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh agama.nauzubillah,mudah-mudahan tidak begitu.Maklumlah rumah kuarters guru ni bertentang pintu..naik seram sejuk juga aku ni.Ya Allah..tolonglah aku,kurniakanlah aku jiran yang mulia akhlak dan pekertinya.

Thursday, December 4, 2008

Berita Di Masjid

Raub,Pahang;4 Dis.2008,Jam 6.40 petang.Seperti hari-hari biasa waktu begini aku berada di masjid untuk menanti solat Maghrib.Sedang aku duduk seketika di branda masjid tiba-tiba aku mendengar ucapan salam.Lantas aku menjawab salam sambil menoleh kekiri.Aku dapati seorang wajah seperti orang Pakistan.Dia terus meperkenalkan diri dan menunjuk surat minta derma .Aku membacanya ,surat ditulis dalam Bahasa Inggeris tapi yang anehnya surat itu dari Afganistan,setelah aku teliti ia hanya surat print biasa sahaja.Aku naik geram lantas mengeluarkan soalan?Where're come from? Dia pu menjawab "Afganistan".Aku bertanya lagi "I look at your face like Pakistan man,can you saw me you passpord"Dia tidak menjawab persolan ku dan terus menyatakan "We are muslim pupils,must helps with another".Aku naik geram ,nampaknya dia nak kelentong aku hidup-hidup."You're layer,you toll me you from afganistan but you didnt saw me your posspord.Know you try to push me give money to you.Know i want you saw me Malaysia Goverment letter about give you make this think",Aku guna Bahasa Inggeris yang boleh dia faham sebab aku tengok dia tak berapa pandai Bahasa Inggeris.

Monday, December 1, 2008

Mencari Kejujuran

Mencari kejujuran,kebenaran,kesetiaan...itulah selalu bermain dikepala kita apabila berkenalan dengan seseorang tetapi malang kita tak pernahpun bertanya dan memberi peringatan kepada diri sendiri,berapa banyak kejujuran yang kita berikan,berapa banyak ucapan yang kita ungkapkan benar-benar jujur.Sedih juga di dalam hati apabila apa yang kita kehendaki tidak diperolehi

NN

Followers

About Me

My photo
Kacak,kaya,baik,sopan,berbudi,berbahasa