Wednesday, January 14, 2009

Mengapakah ??

Hari ini 15 Jan 2009 (Khamis)Mengapakah??persoalan yang aku sendiri sedang mencari jawapannya.Perkara yang pelik tapi benar.Apakah perkara itu?Bermula pada hari Isnin ,12 Jan 2009-seorang guru berpengalaman di sebuah sekolah telah diminta membimbing seorang guru praktikal selama lebih kurang 3 bulan 2 minggu.Beliau seorang guru yang bertanggungjawab,terlatih dan telah lama berkhidmat.Maka dengan hati terbuka beliau menerima tawaran itu dengan tenang.Yang menjadi hairan dan peliknya apabila tanggungjawab itu kepadanya ramai guru-guru baru yang sombong dan berlagak semua tahu dengki kepada beliau.Tambah menyedihkan apabila beberapa orang guru telah membuat fitnah kepada guru yang bertanggungjawab itu mengatakan "Beliau seorang romeo",wah kenapa ye..!!!maka akupun cuba menyelidiki.Maka aku dapat jawapan>.."Patutlah..guru praktikal itu muda dan cantik orangnya,jadi golongan guru baru yang gatal itu buatlah gosip mengatakan guru berpengalaman itu romeo bagi tujuan menutup peluang guru berkenaan sebab mereka nak menggoda guru praktikal itu",ish..bodohnya..macam budak tadika.Itulah sebenarnya perangai guru keluar universiti masih tercari-cari identiti sendiri,kadang-kadang aku bertanya di dalam hati mereka belajar politik kotor di universiti terbawa hingga ke sekolah,agaknya".

No comments:

NN

Followers

About Me

My photo
Kacak,kaya,baik,sopan,berbudi,berbahasa