Tuesday, July 22, 2008

Kedengkian dan hasad dengki

Kalau dulu orang selalu bercerita jika kaum perempuan berkumpul mestilah mereka mengumpat,mencela dan membuat fitnah.Tapi kini tidak lagi..!!! Kalau dulu gologan wanita sangat menghargai dan menyayangi anak mereka dengan penuh kasih sayang.Tapi kini sudah berubah.Kalau dulu isteri atau perempuan berdiam diri dimarahi dan diteguri suami,tapi kini tidak begitu.Kalau dulu suami yang banyak melakukan kecurangan tapi kini perempuan juga tidak kurang kecelakaannya.Kalau dulu ayah dan ibu sangat risau kalau anak dara keluar malam tapi kini ayah dan ibu risau kalau anak perempuannya tidak berasmara.Kalau dulu pelajar sangat taat dan patuh pada guru tapi kini guru mesti taat dan patuh kepada pelajar jika tidak mahu ditukar.Kalau dulu guru saling bantu membantu tapi kini guru saling dengki mendengki dan hasad menghasad demi mendapat pujian dan naik pangkat cepat. Hahhhhhhhhhhh........ letihnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, July 18, 2008

Mengapa........??????????????

Sesekali saya bertanya juga pada diri,Mengapa manusia sering tidak sedar diri?Mengapa manusia saling dengki mendengki?,Mengapa isteri tidak menghargai suami?Mengapa isteri lebih memuliakan nasihat dan cakap orang dari cakap dan nasihat suaminya sendiri?Mengapa isteri melenting bila suami membuat teguran tetapi tak melenting kalau bos yang menegur?Mengapa ibu sudah tidak menyayangi anak-anaknya sedangkan dia sangat bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak-anaknya?Mengapa seorang ibu sangup menjerit dan mengegar anaknya yang terlalu kecil dan hanya tahu menangis?Mengapa anak-anak tidak menghormati ibubapa?Mengapa pelajar tidak menghormati guru?Mengapa guru tidak mengajar dengan tekun?Mengapa pelajar ponteng?Mengapa ibubapa menyalahkan orang lain jika anaknya jahat?Mengapa kita leka dan lalai?Mengapa orang tak ingat tentang kematian?Mengapa orang sibuk berusaha untuk mendapatkan nama dan pujian?

Monday, July 7, 2008

Budak celupar.

Hari ini merupakan antara hari yang sangat memeranjatkan.Kejutan peristiwa di awal sessi persekolahan membuatkan saya tergamam dan sedih.
"Cikgu..!!!cikgu...!!!"Tiba-tiba dua orang pengawas menerpa kearahku."Kenapa...?",tanya saya sedikit pelik."Tolong cikgu..tolong,ada budak nak tumbuk pengawas".Dengan tidak melingah kan masa aku menerpa ke tapak perhimpunan untuk melihat apa yang berlaku.Hari ni pengawas buat pemerisaan rutin setiap pagi.Sayapun bertanya kepada pelajar yang biadap itu.Memang say kenal pelajar perempuan ini bermasalah.Dia bertukar kesekolah ini bulan feb 2008,dan memang dia pelajar yang mempunyai masalah sosial.Malah suka menipu.Tiada ayah.
"Kenapa awak?"saya bertanya lagi.Tak da apa-apa saje?Dia mencampakkan begnya dengan biadap sekali."Kuku dia panjang cikgu,kami minta dia potong tapi dia maki hamun kami dan campak beg dan dia suruh kami angkat beg dan ajak kami bergaduh",adu pengawas kepada saya.Tiba-tiba pelajar perempuan itu ,mengeluarkan kata-kata kesat "memang cikgu dan pelajarnya celaka",Saya cukup terperanjat dan pelik:dalam hati saya berbisik"kenap budak ni teruk sangat",Memang kami tahu dia pelajar yang bermasalah,sudah 3 bulan tak datang sekolah dan hari ini datang maki-maki pengawas dan guru.Saya hanya mampu bersabar lantas dia mengambil begnya dan keluar dari kawasan sekolah dengan selamba.Saya memanggilnya beberapa kali dia buat tak tahu saja.Memang dia pelajar yang biadap dan sukar dibentuk.Semoga Allah menyelamatkan saya dari kejahatan budak ini dan keluarganya yang porak puranda.Amin.........

Sunday, July 6, 2008

Letihnya Berjiran Dengan Orang India

Aduh!!!!!!Semalam aku jadi pening dibuat oleh jiranku berbangsa India,tapi bukan semua orang India macam tu ( agaknya lah).Dengan tiba-tiba aje dia tuduh anak aku buang sampah kat rumah dia,yang lebih dahsyat tuduh anak aku buang gambar tokong depan pindu rumah dia.Ini dah kali ke dua dia tuduh.Tapi aku masih ingat tuduhan dia kali pertama dulu,ketika itu aku sedang membelik motor,masa tu aku nampak dia ambil gambar tokong depan pintu rumahnya sendiri.Aku tak ambil hal lah...lantak dialah dan dia memang tak nampak aku dilindungi motor bewarna hitam dan akupun pakai pakai hitam masa tu.Seminggu selepas tu dia buat bising-bising marah kat anak aku tuduh anak aku buang tokong dia,lantas apa lagi aku cakap lah aku tahu dia yang ambil,aku nampak.Mulanya dia tak mengaku malah dia pulak minta aku buktikan dia yang ambil.Bila aku minta pula bukti anak aku buang dia kata tak payah..dia tahu konon.MEMANG dia nak provok aku.Hari dia buat lagi perkara yang sama.Aku bengang betul.APA TUJUAN DIA AGAKNYA.........

Saturday, July 5, 2008

Cerita Orang Kampung

Wah ,sekarang ni orang kampung dah kaya raya tau.Kau orang mesti dah dengar tentang harga getah sekerap sahaja RM 5.50 sekilo.Kalau menoreh 3 ekar boleh dapat antara RM 200 hingga RM 300 sahari tau...!!!!!dan boleh siap atau masa bekerjanya cuma antara 2 hingga 3 jam sahaja...lepas tu boleh relex.Yang sedihnya sekarang orang yang gajinya antara RM 2,000 hingga RM 3,000 sebulan dan mempunyai anak 10 orang serta 7 darinya bersekolah dan berada di universiti.Dahlah semua jenis bantuan tak dapat kecuali buku teks.Walaupun anak ramai tapi gaji lebih RM 2000 tak boleh dapat biasiswa,wang kwapam,bantuan uniform gerko dan lainnya semua tak dapat.Tapi orang yang gaji RM 1800 dan anak ada 2 orang ,isteri bekerja- semua dapat>Untunglahhhhhh macam tu.Saya fikir sudah tiba masanya bantuan diberi mengikut pendapatan perkapita keluarga,barulah nampak adil sikit.

NN

Followers

About Me

My photo
Kacak,kaya,baik,sopan,berbudi,berbahasa