Thursday, April 14, 2011

BERITAHU MEREKA ..RASUL ALLAH PUN TAK BERI TARIKH

Pendakyah sebar risalah ‘Hari Kiamat 21 Mei 2011’
Khairil Abdul Rahim   
KUANTAN, 12 April: Pihak berkuasa agama negeri ini digesa segera menyiasat motif sekumpulan pendakyah Kristian warga Amerika Syarikat yang giat menyebarkan risalah berkaitan hari kiamat mengikut kepercayaan mereka di sekitar bandar ini.

Exco Dewan Pemuda PAS Pahang, Khairy Abdul Ghani berkata, usaha penyebaran risalah tersebut mestilah dihentikan segera kerana dikhuatiri boleh menggugat akidah dan berlaku panik di kalangan umat Islam.

“Kelmarin (Ahad), kira-kira jam 2.30 petang kami didatangi sekumpulan warga Amerika yang bertindak menyebarkan risalah berkaitan ‘Judgement Day on May 21, 2011’ oleh pendakyah Kristian yang memakai seragam yang sama bertemakan Judgement Day.

“Mereka mendakwa, mereka dalam perjalanan ke merata tempat dengan menaiki kapal untuk menyebarkan makluman tersebut kepada semua umat manusia di seluruh dunia,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurut Khairy yang membuka perniagaannya di pusat perniagaan East Coast Mall dekat sini, semasa menyebarkan risalah tersebut mereka mendakwa dengan kemusnahan dan bencana alam yang semakin menjadi-jadi pada masa ini menunjukkan bahawa hari kiamat sudah sangat hampir.

Tambahnya, beliau juga mendapat maklumat orang ramai di tempat lain juga menerima risalah yang sama kerana pendakyah berkenaan akan menumpukan sasaran di tempat orang ramai bercuti hujung minggu.

“Sebagai Muslim kita sentiasa percaya kepada Hari Akhirat iaitu kehidupan selepas mati, tetapi menurut risalah yang diedarkan, hari Kiamat itu akan berlaku pada 21 Mei 2011 mengikut formula mereka.

“Pada saya hanya Allah yang tahu bila kiamat akan berlaku dan bukan ditentukan oleh manusia. Mungkin juga ada agenda lain di sebalik penyebaran risalah tersebut iaitu untuk melemahkan umat Islam daripada bekerja dan berusaha.

“Jadi sebab itu saya desak pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan polis segera bertindak kerana jika penyebaran ini tidak dihentikan segera, kami sangat bimbang sekiranya ia boleh menggugat akidah umat Islam dan mengkucar-kacirkan keadaan,” katanya

Saturday, March 12, 2011

Assalamualaikum..tuan-tuan: Ayuh kita sama-sama mendengar dan menilai ceramah si cilik ini.

Thursday, March 10, 2011

APA PENDAPAT ANDA...???????

Jangan bayar kompaun saman ekor - Kase
Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini.
Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah tersebut di mahkamah.
"Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa.
"Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam.
Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan.
Menurutnya lagi, tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah salah mengikut keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2009.
Dalam kes itu, hakim memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
(Kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.
Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.)
"Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist.
"Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.
Dalam pada itu, beliau turut mempertikai tindakan kerajaan yang didakwa akan menggunakan teknologi Redflex dalam Automatic Enforcement System (AES).
Katanya, teknologi itu telah dipertikai banyak pihak termasuk di California Amerika Syarikat dan di Arizona.
"Kenapa guna teknologi yang sudahpun dipersoal.
"Dan kenapa syarikat swasta Beta Tegap dan commercial Circle diberi hak pengendalian, sedangkan teknologi guna yang Redflex punya.
"Kenapa kerajaan tak kendalikan sendiri guna teknologi sama, kenapa perlu orang tengah?" soalnya

Sunday, March 6, 2011

KELAKAR BETUL...!! BILA KALAH MACAM-MACAM CERITA..TAK CAYA CUBA BACA DI BAWAH NI..

Walaupun kalah, PAS tetap optimis
Rusli Islam   
TEMERLOH, 7 Mac: Walaupun kalah, PAS dan Pakatan Rakyat tetap optimis mampu memenangi Dun Kerdau dalam Pilihan raya Umum ke-13 yang akan datang.
"PAS menganggap ruang kempen seminggu adalah taburan benih-benih untuk ia hidup subur pada masa akan datang, insya Allah," kata Pengarah Pilihan raya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, malam tadi.
Katanya, penyertaan PAS kali ini juga telah berjaya membongkar kelemahan pengurusan pentadbir dan pengabaian pembangunan di Kerdau.
"Felda juga menikmati duit SES yang dijanjikan sebanyak RM13,000, serta MPOB sebanyak RM4,000 dan berharap ia akan menjadi tuntutan semua Felda di seluruh negara," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Menurutnya, Unit Peti Undi di Felda Jengka 22, 23 dan 25 memperolehi sedikit peningkatan undi berbanding PRU ke-12, walaupun cuba disogok dengan pelbagai janji oleh Barisan Nasional.
Di samping itu, ujarnya PAS turut merakamkan kekecewaannya terhadap kegagalan SPR menguatkuasakan seluruh peruntukan yang ada sehingga berleluasanya amalan rasuah, pembelian undi, penggunaan jentera kerajaan, penggunaan kemudahan awam dan ugutan dalam PRK kali ini.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengakui bahawa PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan jentera BN, tetapi turut berhadapan dengan jentera kerajaan yang digunakan secara berleluasa.
"PRK kali ini juga telah berjaya memperkukuhkan hubungan antara anggota Pakatan Rakyat yang diterjemahkan di dalam pelbagai program bersama," tambahnya.
Sementara itu calon PAS, Hassanuddin Salim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera PAS, DAP dan PKR yang bertungkus-lumus membantu dalam gerak kerja pilihan raya kecil kali ini.
Beliau memperolehi 2,336 undi berbanding calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang mendapat 5,060 undi sementara jumlah undi rosak sebanyak 90.
Sementara itu di Merlimau, calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Yuhaizad Abdullah mendapat 2,319 undi berbanding calon BN, Roslan Ahmad yang memperolehi 5,962 undi dengan jumlah undi rosak sebanyak 130 undi.

Sunday, February 20, 2011

APA PANDANGAN ANDA DENGAN BERITA INI

BN tindas, rakyat Malaysia boleh bangkit
Nazri AbdullaH   
ALOR SETAR, 20 Feb: PAS mengingatkan Umno agar mengambil iktibar dengan kejatuhan pemerintah Tunisia dan Mesir akibat kebangkitan rakyat yang ditindas pemerintah.
Dengan nada memberi amaran, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat Malaysia juga boleh bangkit sedemikian jika pemimpin Umno BN terus menindas rakyat.
"Rakyat ni macam spring, bukan mati hidup, tapi ada perasaan.
"Kalau orang tekan spring ni, bila lama dia pedih tangan dia lepas, spring naik kemuka dia. Ha ingat-ingat..," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah di hadapan lebih 30 ribu rakyat di perkarangan Kompleks PAS, Kota Sarang Semut di sini malam tadi.
Turut serta berceramah pada malam kemuncak Himpunan 30K Dewan Pemuda PAS itu adalah Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abd Razak dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani.
Sehubungan itu tambahnya, sebelum Umno BN dimalukan dengan kejatuhan sebegitu, mereka perlu memberikan padang sama rata kepada parti-parti politik lain dalam pilihan raya, agar kejatuhan mereka lebih bermaruah.
"Kita mintak pemimpin Umno ni jaga maruah, jangan tipu pilihan raya.
"Jangan guna media untuk sebelah pihak sahaja," katanya lagi.
PAS ganti Umno
Dalam pada itu, beliau turut mengulangi pendirian bahawa PAS perlu menggantikan Umno.
Katanya, Umno telah terbukti tidak mampu membawa keadilan Islam untuk rakyat semua kaum dengan sistem penjajah yang diwarisi mereka, apatah lagi sistem sekular itu sendiri merosakkan Islam.
Sebagai bukti katanya, umat Islam negara ini masih lemah walaupun dipimpin orang Islam sendiri dari Umno BN sejak negara merdeka.
"Kenapa lemah? Kerana kepimpinan Malaysia ini mewarisi pemikiran penjajah barat, pemimpin negara tidak berperangai Islam, tak boleh tolong orang Islam, tak boleh tunjuk contoh baik kepada orang bukan Islam.
"Maaflah orang bukan Islam, pemimpin negara ini nama sahaja Islam tapi amalan pemerintahan dia, rasuah boleh, tipu rakyat boleh," katanya lagi.
Keadaan itu berlaku katanya kerana Islam dikurung di pejabat agama sahaja.
Skop Islam juga disempitkan hanya tertumpu kepada sembahyang, puasa, perkahwinan dan zakat sahaja.
Selain turut menghakis Bahasa Melayu, Umno BN juga didakwa gagal mengurus ekonomi negara sehingga berlaku kenaikan harga barangan yang membebankan rakyat.
Kekayaan negara katanya, hanya berpusing di kalangan pemimpin atasan mereka sahaja dan tauke-tauke yang berkepentingan.
"Orang Melayu kena sedar, bila pilihan raya, tauke-tauke besar bagi duit kepada Umno.
"Bila habis pilihan raya, harga barang dinaikan sebab nak tolong tauke dia yang tolong dalam pilihan raya," tambahnya.
Sehubungan itu beliau mahu rakyat khususnya ahli PAS bekerja kuat untuk memastikan Pakatan Rakyat menggantikan Umno pada Pilihan Raya Umum nanti.
"Pertahankan Kedah ini, kalau Kedah kamu tak perkuat, nak pergi Pptrajaya macam mana.
"Jangan cakap sahaja nak putrajaya, kerja malas, daftar pengundi tak buat, ceramah datang berbatu-batu, tapi nama bila nak mengundi tak ade," tegasnya.

Sunday, February 13, 2011

Revolusi akar umbi di Mesir bimbangkan dunia Arab

CIKGU JUTAWAN..??????

Isnin ,14 feb 2011.Berita mengemparkan..seorang guru menjadi jutawan dalam masa tiga bulan setelah beliau membeli sebuah buku yang bertajuk "RUNGKAILAH JUTAWAN PADA ANDA".Beliau membuat belian buku tersebut setelah beliau membaca blog http://www.beritajutawan.blogspot.com
Pada peringkat awal beliau hanya suka -suka sahaja tetapi apabila buku itu mendedahkan bagaimana mengunakan idea beliau dalam tempoh tiga bulan beliau berjaya begelar jutawan.Beliau memberi tahu kami..."Jika hendak tahu belilah buku itu sendiri,pasti anda teruja..Yakinlah..!!!!",kata beliau.

NN

Followers

About Me

My photo
Kacak,kaya,baik,sopan,berbudi,berbahasa