Monday, June 30, 2008

Naik Pangkat

Hari ini satu berita gembira buat seorang guru tua yang lagi 3 tahun untuk menjangkau usia 58 tahun baru menerima tawaran kenaikan pangkat menjadi Pengetua.Tahniah,cikgu-semoga dengan lantikan itu manjadikan usia tua cikgu masih gagah dan bersemangat untuk mendidik.Tapi bagi guru tua yang masih belum menerima sebarang jawatan ,malah dipeleceh oleh golongan muda yang naik pangkat kerana tak tahulah sebab apa...bersabarlah dan jangan putus asa.

Monday, June 23, 2008

Hari Ko-Op

Selama seminggu pelajar-pelajar disebukkan dengan Hari Koperasi.Nampaknya ia adalah satu cara pendidikan informal yang baik untuk membina minda usahawan dikalangan pelajar tetapi sejauh mana keberkesanannya tidaklah diketahui.Sekiranya kesedaran itu hanya dipupuk sekali-sekala ,maka saya pasti ianya tidak akan berjaya keran pemupukkan itu mesti berterusan.Bukan sekadar pendedahan sekadar melepas baruk ditangga,sekarar cukup ada program,sekadar nak tunjuk pada orang kami buat program.Kalau betul hendak melahirkan usahawan bumiputera makin mereka perlu dididik sepenuhnya termasuk pemberian modal,tapak perniagaan dan pemantauan berterusan.Buklan hanya buat program setahun sekali.Lagi satu kaum melayu khususnya di Raub ini susah sangat nak dapat lesen perniagaan tempatan,kadang-kadang setahun tak dapat jawapan lagi walaupun lesen menjaja.Megapa "orang lain" tak sampai seminggu?
"Ubah Minda,Tingkatkan Kerjasama,Jauhkan Rasuah"

Thursday, June 19, 2008

Anugerah Cemerlang.

Seramai 458 guru dan pekerja menerima anugerah cemerlang di Bentong.Seronok juga,dapat jumpa kawan lama semasa belajar di tingkatan 6.Macam-macam cerita lama keluar.Rupa-rupanya ada di antara rakan kami telah memegang jawatan tinggi.Rasa gembira juga.walaupun kami baru menerima anugerah cemerlang.Terlintas juga difikiran untuk membuat perjumpaan dengan semua rakan lama.Kalau sekiranya ada kawan-kawan lama terbaca blog ini bolehlah hubungi saya melalui blog ini.

Wednesday, June 18, 2008

Budak 5MPV Kantoi:Kena Tangkap Hisap Rokok

Hari ini seorang pelajar 5mpv kantoi kerana ditangkap oleh guru pengawas ketika menghisap rokok di tempat menunggu bas depan pintu sekolah.Memang nasib dia tidak baik apabila guru pengawas membuat spot chek ke depan pintu pagar apabila melihat beberapa orang pelajar di tempat menunggu bas.Memang sukar dibendung masalah pelajar merokok kerana selalunya mereka akan memberi alasan di luar pagar sekolah ,tetapi mereka perlu ingat selagi mereka memakai pakaian sekolah dan masih bersekolah mereka mesti mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.Kadang-kadang kita merasa pelik,mengapa pelajar merokok sedangkan guru tidak merokok.Pada masa dulu guru merokok tapi pelajar tidak merokok-pelajar dan ibubapa buat bantahan kononnya sebab guru merokoklah maka pelajar merokok (tak sebut pula perangai bapak mereka)tapi kini mengapa pula ibubapa dan pelajar yang merokok tak cakap "kami patut disaman merokok kerana guru tak merokok".
Memang lumrah manusia yang tidak baik mengambil contoh dan panduan yang tidak baik untuk memboleh dan menghalalkan perbuatan tidak baik mereka.

Monday, June 16, 2008

TERHEGEH-HEGEH KE TAPAK PERHIMPUNAN

Hari ini sekumpulan pelajar kelihatan terhegeh-hegeh ke tapak perhimpunan walaupun guru bertugas dan pengawas bertugas telah lama memulakan sessi perhimpunan.Labih menyedihkan lagi sekumpulan pelajar berada di tempat letak motorsikal tidak menghiraukan nyanyian lagu kebangsaan dan lagu negeri.
"Kenapa kamu tak faham-faham,dari awal tahun hingga sekarang bulan jun kamu semua masih lambat ke tapak perhimpunan.Tiap-tiap hari guru memberitahu dan menasihat kamu semua tapi nampaknya tidak memberi sebarang kesedaran kepada kamu semua.Pekara yang sekecil ini pun kamu tak mampu untuk membentuk displin diri apatah lagi perkara yang lebih besar.Kamu mesti ubah sikap kepada yang lebih positif",Nasihat guru bertugas.

Pelajar buli guru

Sek(dirahsiakan),tiga orang pelajar lelaki cina telah membuli seorang guru perempuan yang baru melapurkan diri di sekolah berkenaan:
  • Pelajar 1:Hello,lu sapa nama?
  • Pelajar 2:Lu,balu sini aja ka?
  • Pelajar 3:Lu gaji ada belapa?

Dengan rasa tersipu-sipu guru itu berlalu pergi;mungkin dalam hatinya berkata;

"Budak-budak ini lahir di luar negara agaknya,bukan di Malaysia...!!!!!"

Pelajar beranak dalam tandas

Gempar!!!semua guru dan pelajar jadi kelam-kabut apabila terdengar jeritan bayi dalam tandas sekolah.Seorang guru wanita yang enggan namanya ditulis menyatakan keadaan di sekolah itu menjadi seperti berlaku gempa yang kuat apabila beberapa pelajar perempuan menjerit-jerit dari dalam tandas sekolah berkenaan apabila rakan mereka yang sakit perut melahirkan seorang bayi.Keadaan menjadi lebih kelam kabut apabila pelajar berkenaan menjerit seperti dirasuk hantu yang mengakhibatkan hampir semua pelajar perempuan di sekolah berkenaan menjerit-jerit ketakutan dan berlari kesana sini tanpa haluan.

NN

Followers

About Me

My photo
Kacak,kaya,baik,sopan,berbudi,berbahasa