Wednesday, June 18, 2008

Budak 5MPV Kantoi:Kena Tangkap Hisap Rokok

Hari ini seorang pelajar 5mpv kantoi kerana ditangkap oleh guru pengawas ketika menghisap rokok di tempat menunggu bas depan pintu sekolah.Memang nasib dia tidak baik apabila guru pengawas membuat spot chek ke depan pintu pagar apabila melihat beberapa orang pelajar di tempat menunggu bas.Memang sukar dibendung masalah pelajar merokok kerana selalunya mereka akan memberi alasan di luar pagar sekolah ,tetapi mereka perlu ingat selagi mereka memakai pakaian sekolah dan masih bersekolah mereka mesti mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.Kadang-kadang kita merasa pelik,mengapa pelajar merokok sedangkan guru tidak merokok.Pada masa dulu guru merokok tapi pelajar tidak merokok-pelajar dan ibubapa buat bantahan kononnya sebab guru merokoklah maka pelajar merokok (tak sebut pula perangai bapak mereka)tapi kini mengapa pula ibubapa dan pelajar yang merokok tak cakap "kami patut disaman merokok kerana guru tak merokok".
Memang lumrah manusia yang tidak baik mengambil contoh dan panduan yang tidak baik untuk memboleh dan menghalalkan perbuatan tidak baik mereka.

No comments:

NN

Followers

About Me

My photo
Kacak,kaya,baik,sopan,berbudi,berbahasa