Thursday, September 24, 2009

Seronok tengok anak-anak berniaga

Hari ni Rabu,anak-anak masih cuti hari raya tapi mereka dah letih berhari raya rumah kawan-kawan dan hari ni mereka nak belajar cari duit.Aku tak ada halangan ,seronok adalah...!!!! mereka nak berniaga air dekat masji Raub sebab mereka kata ramai orang singgah di masjid ni untuk bersolat terutama ketika cuti begini.Orang-orang Kelantan akan singgah di masjid ni sebelum mereka ke Kuala Lumpur sebab masjid ni agak selesa dan mudah.Segala-galanya mudah...nak ketandas tak payah naik tangga tinggi-tinggi,nak berwudukpun gitu sebab tu mereka suka singgah di sini.Mula niaga tadi pukul 1.30 tengahari sekarang dah pukul 6.30 petang,mereka dah dapat RM 100.00,Alhamdulillah....modal RM 20 aje wehhh.......

Wednesday, May 20, 2009

Berita Pelik Tapi Benar

Rabu 19 Mei 2009.Lebih kurang pukul 12 tengahari,Aku menerima panggilan dari ibu kepada pelajar aku meminta pinjam wang sebanyak RM 5,000 dengan alasan untuk membayar tiket kapal terbang anaknya dari Universiti Al Azhar,menurutnya tiket sudah ditempah dan perlu membuat bayaran segera.Aku pelik macam mana dia boleh nak pinjam dengan aku padahal aku bukan kenal sangat dia,cuma aku mengajar anaknya yang tingkatan 5 tu aje dan yang lebih pelik aku tak pernah kenalpun anaknya yang mengajar di mesir tu.Lagi heran bila dia mendesak aku maka akupun test la sikit.Kakak macam mana nak bayar semula ,banyak kakak minta pinjam ni.Lantas dia pun menjawab"Bila kakak dapat duit pelaburan nanti kakak bayarlah".Habis kalau tak dapat keuntungan macam mana?.Diapun jawab,"tak tahu lah..".Huh..!!senang dia nak minta pinjam macam peras ugut aje,ikut suka hati dia aje..sepatutnya buatlah surat perjanjian dan cagaran.Bukan kah itu cara meminjam.Akupun naik meluat dah dengan orang macam ni...,lantas aku kata aku tak de duit sebanyak tu tapi simpanan tabung haji isteri aku ade le...maka dia dengan pantas mencelah "minta no tel.isteri cikgu boleh..??"Lebih kurang 5 petang anaknya dari mesir telipon isteri aku.Macam aku juga isteri aku tanya" Macam mana nak bayar balik,bila nak bayar balik..???Tuanpuan tahu dia jawab apa?"perkara itu kena cakap dengan mak saya lah..!!!".Amboi..tak sedar diri betul,dahlah nak pinjam berlagak pulak tu...

Tuesday, May 5, 2009

Rindu Pulak Rasanya.......

Huh.....hari ni Rabu-6 Mei 2009,masa pantas berlalu ,sudah lama adik-adik praktikum keluar dari tempat kami terasa rindu pulak aku kat mereka.Aku doakan kau orang akan menjadi pendidik yang benar-benar bertanggung-jawab.

Wednesday, April 22, 2009

Kenduri

23 April 2009- Alhamdulillah,hari ni tamatlah tugas guru PRAKTIKUM di sekolah kami.Mungkin mereka telah mendapat banyak pengalaman bertugas di sini dan mungkin selepas ini mereka boleh menentukan samada mereka mahu terus bertugas menjadi guru atau berundur terus dari profesion ini.Apatah lagi mereka sudah rasai perit lelahnya mengajar di sekolah harian biasa yang mempunyai pelbagai cabaran pendidikan.Kalau mengajar di sekolah berasrama penuh mungkin tidak sehebat cabaran di sekolah seperti sekolah kami.Kalau nak cerita keadaannya terlalu banyak..kalau nak tahu dan rasa datanglah bertugas di sini.Tahniah kepada semua guru PRAKTIKUM,kalau sudi teliponlah lagi.Kita makan mee kari dulu........

Wednesday, April 15, 2009

Kelam Kabut

16 April,2009.Hari ni Pengarah nak turun..woh sejak seminggu yang lalu keadaan jadi macam kelam kabut...semua sibuk buat persediaan.Maklumlah ketua nak datang mesti yang tunjuk yang terbaik tapi pada pandangan saya eloklah sikap hendak yang terbaik ini diamalkan bila-bila masa dan di mana sahaja...barulah berbaloi.......kankanakanakan.......

Monday, February 2, 2009

Syaitan Itu "Pasang Telinga"

3 Feb 2009.Selasa:
Macam biasalah ,pagi-pagi aku masuk pejabat tapi bezanya hari ni anak aku yang umur 6 tahun tu ikut serta,dia buat hal diminggu ke 3 dah mula tak nak ke sekolah.Lantas salah seorang teman sepejabat menanya kepada aku kenapa anak ni tak pergi ke sek.Pra lagi.Aku pun stat lah cerita,dia takut kepada salah seorang guru tu sebab dia dipukul dan dimarah kerana dia minta tolong cikgu tu telipon aku.Maklumlah budak 6 tahun, tapi yang aku geram tu cikgu tu macam tak ada otak aje...Sedang aku asyik bercerita aku tengok 2 ekor syaitan yang suka ngumpat dan buat fitnah kat aku tu pasang telinga,tak tahulah apa pula perbuatan mereka selepas ini..Dah sayitan mesti jadi perkara tak baik

Sunday, February 1, 2009

Tak Sihat

2 Feb 2009,Isnin-Assalamulaikum cikgu,maaf hari ni cikgu boleh rellief saya tak .Wah..kaget juga saya mendapat panggil telepon dari cewek yang gemersik suaranya gitu.Dengan nada (agak bengis) saya menjawab telepon itu.."Kenapa pulak..???".Dia dengan pantas dan agak ganas juga suaranya."Saya demam cikgu....".Saya terdiam sekejap,"Demam tak baik lagi ke..??"sambil itu dalam hati saya berbisik,agaknya dia ni nak hantar pakwe dia pergi KPLI kot,kata la demam.