Thursday, August 14, 2008

Begitukah Guru Perempuan ...?

Hari ini pukul 2.30 petang guru-guru di sebuah sekolah menengah diminta ke bilik mesyuarat kerana akan diadakan mesyuarat kokurikulum.Didapati beberapa orang guru tidak hadir termasuk pengetua kerana ada tugas lain.Apa yang menarik hari ini tentang sikap seorang guru perempuan yang sentiasa menjari kelemahan dan kesilapan guru lain ,bertujuan untuk menonjolkan dirinya sebagai seorang yang perihatin tapi malang kerana ia hanya tahu bercakap tentang kesilapan kecil guru lain tetapi tidak membuat sebarang sumbangan atau membetulkan kesilapan yang sering dilakukan oleh beliau sendiri.Sebagai contoh,ketika proses pengajaran beliau terdapat ramai pelajar bising dan tidak memberi tumpuan pengajarannya tetapi beliau tidak membuat sebarang tindakan.Hari ini beliau sengaja membangkitkan tentang pemakaian baju T Pengawas Sekolah yang walaupun kelihatan kemas dan menarik tetapi tidak dikategorikan dalam pasukan badan beruniform.Lebih pelik lagi beliau tidak menyebut tentang pakaian tidak kemas pelajar unit beruniform yang dibawah selian beliau.RAMAI ORANG SUKA MENCARI-CARI KESILAPAN KECIL ORANG LAIN UNTUK MENUTUP KELEMAHAN DAN KESALAHAN BESAR YANG DILAKUKAN OLEHNYA.

No comments:

NN

Followers

About Me

My photo
Kacak,kaya,baik,sopan,berbudi,berbahasa