| Rusli Islam |
| TEMERLOH, 7 Mac: Walaupun kalah, PAS dan Pakatan Rakyat tetap optimis mampu memenangi Dun Kerdau dalam Pilihan raya Umum ke-13 yang akan datang. "PAS menganggap ruang kempen seminggu adalah taburan benih-benih untuk ia hidup subur pada masa akan datang, insya Allah," kata Pengarah Pilihan raya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, malam tadi. Katanya, penyertaan PAS kali ini juga telah berjaya membongkar kelemahan pengurusan pentadbir dan pengabaian pembangunan di Kerdau. "Felda juga menikmati duit SES yang dijanjikan sebanyak RM13,000, serta MPOB sebanyak RM4,000 dan berharap ia akan menjadi tuntutan semua Felda di seluruh negara," katanya yang juga Naib Presiden PAS. Menurutnya, Unit Peti Undi di Felda Jengka 22, 23 dan 25 memperolehi sedikit peningkatan undi berbanding PRU ke-12, walaupun cuba disogok dengan pelbagai janji oleh Barisan Nasional. Di samping itu, ujarnya PAS turut merakamkan kekecewaannya terhadap kegagalan SPR menguatkuasakan seluruh peruntukan yang ada sehingga berleluasanya amalan rasuah, pembelian undi, penggunaan jentera kerajaan, penggunaan kemudahan awam dan ugutan dalam PRK kali ini. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengakui bahawa PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan jentera BN, tetapi turut berhadapan dengan jentera kerajaan yang digunakan secara berleluasa. "PRK kali ini juga telah berjaya memperkukuhkan hubungan antara anggota Pakatan Rakyat yang diterjemahkan di dalam pelbagai program bersama," tambahnya. Sementara itu calon PAS, Hassanuddin Salim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera PAS, DAP dan PKR yang bertungkus-lumus membantu dalam gerak kerja pilihan raya kecil kali ini. Beliau memperolehi 2,336 undi berbanding calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang mendapat 5,060 undi sementara jumlah undi rosak sebanyak 90. Sementara itu di Merlimau, calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Yuhaizad Abdullah mendapat 2,319 undi berbanding calon BN, Roslan Ahmad yang memperolehi 5,962 undi dengan jumlah undi rosak sebanyak 130 undi. |
Sunday, March 6, 2011
KELAKAR BETUL...!! BILA KALAH MACAM-MACAM CERITA..TAK CAYA CUBA BACA DI BAWAH NI..
Walaupun kalah, PAS tetap optimis
Sunday, February 20, 2011
APA PANDANGAN ANDA DENGAN BERITA INI
BN tindas, rakyat Malaysia boleh bangkit
| Nazri AbdullaH | |||||
ALOR SETAR, 20 Feb: PAS mengingatkan Umno agar mengambil iktibar dengan kejatuhan pemerintah Tunisia dan Mesir akibat kebangkitan rakyat yang ditindas pemerintah. Dengan nada memberi amaran, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat Malaysia juga boleh bangkit sedemikian jika pemimpin Umno BN terus menindas rakyat."Rakyat ni macam spring, bukan mati hidup, tapi ada perasaan. "Kalau orang tekan spring ni, bila lama dia pedih tangan dia lepas, spring naik kemuka dia. Ha ingat-ingat..," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah di hadapan lebih 30 ribu rakyat di perkarangan Kompleks PAS, Kota Sarang Semut di sini malam tadi. Turut serta berceramah pada malam kemuncak Himpunan 30K Dewan Pemuda PAS itu adalah Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abd Razak dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani. Sehubungan itu tambahnya, sebelum Umno BN dimalukan dengan kejatuhan sebegitu, mereka perlu memberikan padang sama rata kepada parti-parti politik lain dalam pilihan raya, agar kejatuhan mereka lebih bermaruah. "Kita mintak pemimpin Umno ni jaga maruah, jangan tipu pilihan raya. "Jangan guna media untuk sebelah pihak sahaja," katanya lagi. PAS ganti Umno Dalam pada itu, beliau turut mengulangi pendirian bahawa PAS perlu menggantikan Umno. Katanya, Umno telah terbukti tidak mampu membawa keadilan Islam untuk rakyat semua kaum dengan sistem penjajah yang diwarisi mereka, apatah lagi sistem sekular itu sendiri merosakkan Islam. Sebagai bukti katanya, umat Islam negara ini masih lemah walaupun dipimpin orang Islam sendiri dari Umno BN sejak negara merdeka. "Kenapa lemah? Kerana kepimpinan Malaysia ini mewarisi pemikiran penjajah barat, pemimpin negara tidak berperangai Islam, tak boleh tolong orang Islam, tak boleh tunjuk contoh baik kepada orang bukan Islam. "Maaflah orang bukan Islam, pemimpin negara ini nama sahaja Islam tapi amalan pemerintahan dia, rasuah boleh, tipu rakyat boleh," katanya lagi. Keadaan itu berlaku katanya kerana Islam dikurung di pejabat agama sahaja. Skop Islam juga disempitkan hanya tertumpu kepada sembahyang, puasa, perkahwinan dan zakat sahaja. Selain turut menghakis Bahasa Melayu, Umno BN juga didakwa gagal mengurus ekonomi negara sehingga berlaku kenaikan harga barangan yang membebankan rakyat. Kekayaan negara katanya, hanya berpusing di kalangan pemimpin atasan mereka sahaja dan tauke-tauke yang berkepentingan. "Orang Melayu kena sedar, bila pilihan raya, tauke-tauke besar bagi duit kepada Umno. "Bila habis pilihan raya, harga barang dinaikan sebab nak tolong tauke dia yang tolong dalam pilihan raya," tambahnya. Sehubungan itu beliau mahu rakyat khususnya ahli PAS bekerja kuat untuk memastikan Pakatan Rakyat menggantikan Umno pada Pilihan Raya Umum nanti. "Pertahankan Kedah ini, kalau Kedah kamu tak perkuat, nak pergi Pptrajaya macam mana. "Jangan cakap sahaja nak putrajaya, kerja malas, daftar pengundi tak buat, ceramah datang berbatu-batu, tapi nama bila nak mengundi tak ade," tegasnya. |
Friday, February 18, 2011
Sunday, February 13, 2011
CIKGU JUTAWAN..??????
Isnin ,14 feb 2011.Berita mengemparkan..seorang guru menjadi jutawan dalam masa tiga bulan setelah beliau membeli sebuah buku yang bertajuk "RUNGKAILAH JUTAWAN PADA ANDA".Beliau membuat belian buku tersebut setelah beliau membaca blog http://www.beritajutawan.blogspot.com
Pada peringkat awal beliau hanya suka -suka sahaja tetapi apabila buku itu mendedahkan bagaimana mengunakan idea beliau dalam tempoh tiga bulan beliau berjaya begelar jutawan.Beliau memberi tahu kami..."Jika hendak tahu belilah buku itu sendiri,pasti anda teruja..Yakinlah..!!!!",kata beliau.
Pada peringkat awal beliau hanya suka -suka sahaja tetapi apabila buku itu mendedahkan bagaimana mengunakan idea beliau dalam tempoh tiga bulan beliau berjaya begelar jutawan.Beliau memberi tahu kami..."Jika hendak tahu belilah buku itu sendiri,pasti anda teruja..Yakinlah..!!!!",kata beliau.
Thursday, September 24, 2009
Seronok tengok anak-anak berniaga
Hari ni Rabu,anak-anak masih cuti hari raya tapi mereka dah letih berhari raya rumah kawan-kawan dan hari ni mereka nak belajar cari duit.Aku tak ada halangan ,seronok adalah...!!!! mereka nak berniaga air dekat masji Raub sebab mereka kata ramai orang singgah di masjid ni untuk bersolat terutama ketika cuti begini.Orang-orang Kelantan akan singgah di masjid ni sebelum mereka ke Kuala Lumpur sebab masjid ni agak selesa dan mudah.Segala-galanya mudah...nak ketandas tak payah naik tangga tinggi-tinggi,nak berwudukpun gitu sebab tu mereka suka singgah di sini.Mula niaga tadi pukul 1.30 tengahari sekarang dah pukul 6.30 petang,mereka dah dapat RM 100.00,Alhamdulillah....modal RM 20 aje wehhh.......
Subscribe to:
Posts (Atom)
Dengan nada memberi amaran, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat Malaysia juga boleh bangkit sedemikian jika pemimpin Umno BN terus menindas rakyat.