Monday, November 10, 2008

Telah hampir sebulan saya tidak berkesempatan berkongsi berita semasa bersama teman-teman.Sebenarnya telah terlalu banyak cerita yang indah dan sedih tidak terpamer diruang ini.Kesibukan tugas telah menjadi penghalang kepada saya untuk melakukannya.Walau bagaimanapun hari ini saya mempunyai sedikit ruang masa untuk membuat sedikit coretan tentang suasana disebuah sekolah yang teka boleh saya nyatakannya.Telah menjadi kebiasaan tugas guru meningkat 1000% apabila musim peperiksaan PMR atau SPM,ditambah lagi bila hujung tahun banyak tugas-tugas perlu dibereskan.Bebanan tugas ini telah menambahkan "keberatan" otak bagi semua guru.Keadaan itu juga yang dilalui oleh saya,malah yang lebih menambah beban apabila akhir tahun begini kenakalan pelajar makin parah,kononnya mereka mahu membuang segala "Tension" terhadap pembelajaran yang telah dilalui.Tetapi kenakalan mereka itu menyebabkan otak guru menjadi makin parah.Kadang-kala kemarahan tidak dapat dikawal,malangnya kami tidak boleh marah atau tidak boleh membuat teguran berbentuk "marah" hatta pelajar-pelajar memaki kamipun kami tak boleh marah,pelajar pijak kepala kamipun,kami tak boleh marah,pelajar tumbuk kamipun kami tak boleh marah...,dan lebih sedih lagi jika keadaan itu berlaku kami pula yang dituduh tidak mendidik padahal kami tidak dibenarpun mendidik cuma dibenarkan "melayan " atau "mengikut" atau"mengiyakan" sahaja apa yang dilakukan oleh pelajar.
Aduh..!!!lebih berat lagi jika kami memiliki ketua yang "gila",rakan yang "mereng"yang hanya tahu mencari-cari kesalahan,tetapi tidak mahu membantu.Lebih malang lagi apabila rakan-rakan mahu melepaskan kesalahan dan kelemahan mereka kepada orang laing.Entahlah....dunia makin kacau.

NN

Followers

About Me

My photo
Kacak,kaya,baik,sopan,berbudi,berbahasa