Sunday, October 5, 2008

Kegembiraan dan Kedukaan

Hari ini sudah 5 syawal.Lama sudah saya tidak mencoretkan sesuatu diruang blog saya ini.Malam ini saya ada sedikit kelapangan untuk berkongsi berita gembira dan sedih sepanjang 5 hari raya yang berlalu.Hari raya pertama selesai solat sunat aidil fitri saya terus pergi menziarahi pusara ayahanda yang sudah hampir setahun meninggal.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya.Semoga Allah melapangkan kuburnya dan menjadikan kuburnya taman-taman syurga.Amin ya Robal alamin.Saya masih berduka kerana ibu masih tidak berubah angkuh dengan sikapnya yang segalanya dianggap betul walaupun salah perlakuannya.Orang lain langsung tidak boleh membetulkan.Segalanya dia yang betul walaupun salah.Semoga Allah mengampuni dosaku.Saya hanya mampu berdiam diri takut apabila saya menegur sikapnya akan menimbulkan keadaan yang tidak baik kerana saya mahukan syurga.Walaupun hati berduka biarku pendam kedukaan itu.Mudah-mudahan suatu hari nanti ibu akan sedar kesalahannya.Kehidupan keluarga adikku sudah porak puranda akhibat sikap ibu.Dulu keluarga abangku,setelah mereka tidak tinggal sebumbung kehidupan abangku sudah sedikit aman.Kini saya lihat keadaan keluarga adik lelakiku pun jadi tak tentu.

NN

Followers

About Me

My photo
Kacak,kaya,baik,sopan,berbudi,berbahasa