Thursday, August 14, 2008

Begitukah Guru Perempuan ...?

Hari ini pukul 2.30 petang guru-guru di sebuah sekolah menengah diminta ke bilik mesyuarat kerana akan diadakan mesyuarat kokurikulum.Didapati beberapa orang guru tidak hadir termasuk pengetua kerana ada tugas lain.Apa yang menarik hari ini tentang sikap seorang guru perempuan yang sentiasa menjari kelemahan dan kesilapan guru lain ,bertujuan untuk menonjolkan dirinya sebagai seorang yang perihatin tapi malang kerana ia hanya tahu bercakap tentang kesilapan kecil guru lain tetapi tidak membuat sebarang sumbangan atau membetulkan kesilapan yang sering dilakukan oleh beliau sendiri.Sebagai contoh,ketika proses pengajaran beliau terdapat ramai pelajar bising dan tidak memberi tumpuan pengajarannya tetapi beliau tidak membuat sebarang tindakan.Hari ini beliau sengaja membangkitkan tentang pemakaian baju T Pengawas Sekolah yang walaupun kelihatan kemas dan menarik tetapi tidak dikategorikan dalam pasukan badan beruniform.Lebih pelik lagi beliau tidak menyebut tentang pakaian tidak kemas pelajar unit beruniform yang dibawah selian beliau.RAMAI ORANG SUKA MENCARI-CARI KESILAPAN KECIL ORANG LAIN UNTUK MENUTUP KELEMAHAN DAN KESALAHAN BESAR YANG DILAKUKAN OLEHNYA.

Sunday, August 10, 2008

Kawan,Jiran,Bilal,Tok Imam ,Gatal dan munafik

Tuan,kalau tuanpuan baca tajuk di atas ini memang mengambarkan kesedihan seseorang terhadap sikap seorang kawan,jiran dan merupakan seorang Tok Bilal dan kadangkala jadi imam tapi malang dia adalah manusia yang tidak jujur dalam berjiran dan berkawan.Selama ini dia memang dipandang warak dan bagus tetapi dengan takdir Allah berlaku dua tingkahlakunya yang mengambarkan dia seorang kawan,jiran,bilal dan Imam yang munafik dan sangat merbahaya.Tahukah anda mengapa??.Tuanpuan bayangkan Tok imam yang disangka kawan dan jiran yang dianggap baik ini sanggup menggoda isteri kita walaupun dia sudah beristeri dan mempunyai anak yang sudah besar masih sanggup menggoda isteri kita yang beranak sembilan dan sentiasa menutup aurat.Kalaulah isteri kita perangai "LUKLAK"mungkin juga dia bersikap sedemikian.Apa jenis imam seperti ini.Tiada perkataan lain yang sesuai untuknya selain dari digelar IMAM MUNAFIK dan CELAKA>>>>>>>>Oleh itu anda hendaklah sentiasa berhati-hati dengan sesiapa sahaja walaupun isteri anda.Apa lagi kalau isteri anda bersikap tidak menerima dan sentiasa memandang rendah pendapat dan nasihat anda lebih pelik lagi jika dia menyokong orang lain dan bersangka baik kepada orang lain serta tidak bersangka baik pada anda seterusnya tidak bersikap jujur kalau menjawab soalan dari anda kerana mungkin anda memiliki isteri yang BERMUKA-MUKA.Mudah-mudahan Allah melindungi kita dan keluarga dari manusia MUNAFIK.

Saturday, August 2, 2008

Mengapa Pelajar Sekarang Manja Melampau

Mengapa pelajar-pelajar sekarang terlalu manja dan biadap?
Pada kebiasaannya ibubapa dan masyarakat akan menyalahkan guru seratus peratus apabila keruntuhan akhlak remaja berlaku.Sedarkah anda semua bahawa guru-guru dewasa ini tidak mempunyai sebarang kuasa bertindak untuk membentuk manusia.Mereka hanya menjadi habuan makanan pehak-pehak tertentu sahaja.Sangat malang dan sedih sekiranya segala apa yang berlaku dipersalahkan kepada golongan guru rasionalnya guru dihalang untuk bertindak kepada pelajar malah undang-undang yang disediakan tidak memihak kepada guru.Lebih menyedihkan lagi pihak pentadbir sekolah sendiri gagal membela nasib guru dan sangat mendukacitakan apabila pelajar gagal dan tidak berdisplin guru pula yang dipersalahkan.

NN

Followers

About Me

My photo
Kacak,kaya,baik,sopan,berbudi,berbahasa